“Dan apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (faara at-tannur), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.
Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”
Dua hari lepas Jepun dilanda tsunami. Teruk! Reaktor nuklearnya pula meletup. Bukan satu tapi dua. Gegaran susulan masih lagi ada hari ini - selang sejam dengan kekuatan hampir kepada 7.0 pada skala rikter. Ada satu daerah dengan penduduk 17 ribu, 10k dilaporkan hilang. Maha suci Allah.
Kazumi di sana - bimbangkan keluarganya yang ada di Tokyo. Akhirnya, setelah dua hari mencuba berkomunikasi dengan keluarganya, Kazumi memutuskan yang dia tidak akan cuba menelefon ibunya lagi, semahunya dia berfikir yang ibu dan keluarganya selamat, bila mereka sudah kelapangan, mereka akan menghubunginya nanti..
Reaksi masyarakat Malaysia pelbagai. Reaksi busuk lagi keji mempamerkan akal budi media cetak tanah air mungkin dipamerkan oleh kartun Zoy - Ultraman yang cabut lari dikejar tsunami - tidak sensitif malah kibr - seperti diulas dalam tulisan SaifulIslam.
Di Libya, kerajaan membedil rakyatnya sendiri yang dilabel sebagai pengganas - sedang mereka hanya menuntut Muammar Gadafi gila itu meletakkan jawatan.
Di Malaysia, Memoir Mahathir "Doctor in the House" dilancar. Still thinking weather to buy or not. RM100 per piece, a fiction rather I was told, not a memoir.
No comments:
Post a Comment