Sunday, April 10, 2011

percubaan menggoreng tempe berempah yang gagal :P

Hari ni saya ke pasar tani. Hajat hati nak mula memasak awal esok pagi untuk dibawa bekal ke pejabat! Yup! Saya ada lunch box yang akan diguna pakai mulai esok dalam rangka berjimat dalam berbelanja dan mengawal makanan yang saya ambil.. phew! Ayat yang panjang!

Saya telah beli tempe, dan cubaan saya untuk menggoreng tempe berempah ala jawa sudah fail! Ok, tak pe... saya akan cuba lagi. Saya sudah tahu bancuhan air kapur, tepung , kunyit,jintani putih dan garam yang sesuai, and next time, I will make sure I put in jintan manis + ketumbar too, plus ketumbar sikit, walaupun mak kata tak payah... Yup! Setelah merasakan tempe hasil tangan sendiri yang tak berapa menjadi itu, saya telah menelefon ibu terchenta. Saya terkeliru: jintan halus tu jintan maniskah atau jintan putih? Ada berapa jenis jintan sebenarnya ni? Aishhh!!!.
Sebelum itu semua berlaku, saya telah ke Sekolah Integrasi Kuantan - saya berzumba enam kali dalam minggu ini sahaja.. kalau tak fit dan stamina tak improve jugak... memang sesaje je la....

No comments: