Thursday, November 24, 2011

Viral fever

Hari ini, membaca tulisan Prof. Kamil sangat kena dengan saya yang diserang viral fever.


Sejuk
Saya sudah terpaksa memakai termal. Maknanya, sejuknya sudah sampai ke tulang. Jika 20 tahun yang  lepas, cuaca seumpama ini saya masih boleh memakai t-shirt.
Misalnya semasa menuntut di Dundee, suhu sekitar 14 atau 16 celsius tidak menjadi masalah besar. Saya masih boleh bersiar-siar di City Center tanpa berbaju sejuk.
Masa beredar. Itulah tanda-tanda kekuatan manusia semakin menurun sejajar dengan umur yang meningkat. Nanti, bila sampai masa dan ketikanya kita tidak dapat melaksanakan apa yang difikirkan.
Maka, ketika muda dan sihat, fikirlah untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat. Nanti biar ia bersesuaian dengan maksud hadis ini,
Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah Taala berfirman kepada malaikat penulis amalnya: “Tulislah juga untuknya amal-amal soleh yang biasa ia lakukan;” kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan baharu – bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya
Juga tanda tua.

Ya!  Tanda tua untuk diri saya juga.  Saya ingat sewaktu menghabiskan 3 bulan di Den Haag, dengan cuaca begini dengan perlu menongkah angin yang kadang-kala membuat langkah saya sangat perlahan, ditambah dengan salji yang kadang-kadang kala turun, saya masih boleh ke taman permainan belakang rumah, berjalan 16 km pergi balik untuk ke Haagse Markt untuk membeli coklat sedap (sebelum tahu menggunakan tramnya), ke kedai menjual daging cincang yang dekatnya 8 km pergi balik dari rumah tumpangan dan ke C1000 superstore - dengan jubah dan seluar panjang.  

Pertama kali setelah bekerja hampir 5 lima tahun di tempat ini, saya mendaftar diri untuk berjumpa doktor - lebih untuk mendapatkan cuti sakit sebenarnya - dengan lenguh segala sendi dalam dalam badan ini ditambah dengan batuk yang tidak ada kahak yang keluar.... 

Sungguh!Rebutlah sihat sebelum sakitmu, muda sebelum tuamu...

No comments: