hari ini najjah genap 12 tahun. najjah cantik, cerdik dan baik. najjah kini sedang menunggu keputusan upsr dan sudah setinggi (atau sepatutnya serendah?) saya. alhamdulillah telah baligh, menutup aurat (cuma belum sentiasa pakai sarung kaki) lengkap bila bila sahaja keluar dari pintu rumah, sembahyang cukup, rajin membaca dan mengaji, seorang anak, cucu, anak saudara, adik dan kakak yang baik. agaknya tertumpah sedikit minat kerjatangan seperti atuk mak dan umminya tetapi belum menunjukkan minat untuk ke dapur (macam cik wa kah? jangan ikut yang kurang molek ye kakak!), melainkan untuk menjadi penunggu atuk maknya menumbuk sambal kegemarannya, kan kakak?. mudah-mudahan najjah sentiasa jadi anak/adik/kakak/cucu/anak saudara dan hamba Allah yang solehah, bijaksana dan jelita.
kalau satu hari nanti najjah terbaca blog cik wa ni,
selamat hari lahir kakak!
know that i love you and pray for the best for you always.
selamat hari lahir kakak!
know that i love you and pray for the best for you always.
i may not say it as much as i want to, or you want to hear :) but know that i do
No comments:
Post a Comment